Utama

Sejarah Madrasah

Madrasah Miftahul Ulum, Masjid Jame’ Seri Petaling telah beroperasi hampir 15 tahun sejak 1995. Bermula dengan Pengajian Tahfiz pada 3 Jun 1995 dan diikuti dengan Pengajian Islam dan Bahasa Arab pada 1 Januari 1996 dengan hanya beberapa orang pelajar dan ustaz sahaja. Sehingga hari ini Miftahul Ulum Sri Petaling atau singkatannya MUSP telah berjaya melahirkan ramai alim ulama dan huffaz di seluruh Malaysia dan beberapa negara lain seperti Singapura, Thailand, Indonesia, China, Filipina, Arab Saudi, Australia dan sebagainya.

Setelah beberapa tahun, MUSP mula membuka dua cawangan iaitu, satu di Bukit Changgang, Banting untuk Pengajian Tahfiz dan satu di Kemboja untuk Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Di samping itu MUSP juga telah memperluaskan rangkaian untuk membolehkan tiga madrasah lain menjalani Program Berkembar (PB) bersama MUSP. Hari ini, MUSP menampung seramai 270 orang pelajar dan 24 asatizah. Semoga Allah subhanahu wa ta’ala menerima segala usaha kita semua dan kekalkan kita dalam ilmu nubuwwah dan juga usaha nubuwwah, amin ya rabb al-’alamin.

 

Wawasan Madrasah

Melahirkan para Da’i dan Ulama yang berwibawa lagi bertakwa. Seterusnya melahirkan individu-individu mukmin yang terbimbing dalam mengamalkan kehidupan yang berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Individu-individu yang terbentuk melalui proses ini akan berkemampuan untuk menyumbangkan tenaga dalam pembangunan rohani dan jasmani umat seluruh alam walau di mana sahaja mereka berada.